Aku cuma nak tulus dicintai sehingga akhhir hayat..
Aku cuma nak cinta yang tak pudar
walaupun setelah Aku tak secantik sekarang (cantik ke??) =)
Yang nak menjaga aku bila aku sakit.. dan setelah aku tua..
dan tetap setia bersama aku menjelang usia meniti senja..

Aku mahu mencintai seperti Zulaikha,
yang tidak pernah lelah setia..
Aku mahu mencintai seperti Siti Khadijah,
yang tulus tanpa mengharap balasan..
Aku mahu seperti Siti Sarah,
yang ikhlas mencintai seikhlas jiwanya..

Aku mahu mencintai
untuk melengkapkan cintaku
pada Tuhanku dan Rasulku..
Aku mahu mencintai yang halal bagiku..
untuk aku berbakti seikhlas hati..
dalam mencari keredhaan Allah..
Aku mahu mencintai kamu.. setulusnya..
Aku mahu kamu menjadi imam kepada aku dan bakal anak-anakku..

Ya Allah, permudahkan lah yang mudah bagiku
andai Kau ketahui ia baik buatku.
Namun, jauhkan lah ia dariku
andai Kau ketahui ia buruk kepadaku,
kepada Agamaku,
dan kepada akibat urusanku.
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala kejadian.
xoxo
♥KasihTia♥

No comments:
Post a Comment