Blogger Backgrounds

Sunday, January 16, 2011

2 hari yang menyenangkan..

Dah lama tak update.. rindu plak.. I menghilang bukan merajuk. cuma bila terlalu banyak benda jadi, bercampur baur perasaan.. tak tau di mana nak mula.. Hari-hari terakhir 2010, family i dianugerahkan ahli baru.. Anak buah tersayang.. Mohd Dani Iman dan Iryan Iskandar..

Mohd Dani Iman
Iryan Iskandar

Tapi, dalam happy dapat nephews baru, ada yang hilang.. I kehilangan bestfren i yang i kenal sejak i mula kenal dunia.. sejak i mula belajar mengenali orang lain selain parents dan adik beradik i.. Mungkin ada hikmahnya I dengan dia gaduh. Kitorang rapat sangat selama hari ni. Kan dia da nak kawin.. atleast bila dia dah jadi wife orang, I dah tak terasa sangat everytime dia takde masa untuk I kan.. ^,- positive thinking je lah.. Tak dinafikan I miss her.. Tapi Allah maha mengetahui setiap sesuatu.. I redha..

Bila bercakap soal jodoh, ada ketika hati berdetik masihkah ada ruang dalam hati I untuk orang lain. I dah tak ingat apa rasa mula-mula jatuh cinta. I dah lupa perasaan berbunga bila rindu insan tersayang. I dah tak rasa indahnya jatuh cinta. Hati I tegar menolak setiap cinta yang datang. I tak percaya cinta tu wujud. Dalam waktu yang sama I rindu rasa mencintai dengan tulus tanpa alasan. Menyayangi seikhlas tanpa harap balasan.

Its true, I ada kawan-kawan I. yang sentiasa bagi reason untuk I ketawa.. Yes, Its fun. Tapi meaningless. I tak nak hidup yang dull ni.. I wish I boleh pusingkan masa, waktu I jatuh cinta.. Walaupun, lebih banyak menangis dari ketawa, tapi setiap saat lebih bererti menyayangi dia..

Ishh!! sengal ke apa I merepek pasal cinta?? nape ea I tetiba cakap pasal neh?? Ouh.. Jangkit dengan budak yang gila ceta korea tu kot.. Budak sengal yang mengingatkan I tentang indahnya mempertahankan cinta walau cinta tu dah hancurkan hatinya.. 2 hari itu yang mengingatkan betapa indah terluka kerana tulus mencintai.. 2 hari yang bodoh itu yang mengingatkan I kasih yang telah hilang buat I terlupa cinta itu yang membunuh jiwa I..

xoxo
**KasihTia**

No comments:

Brain Test