Blogger Backgrounds

Tuesday, December 4, 2007

Sekadar pelabuhan..

I have dinner wif kak Ida.. My brother's girlfren.. I told her about Mr. Khairul.. and how much aku rasa bersalah kat dia. Kak Ida suruh aku minta sorry.. Tapi kindda takut lah.. What if dia tak nak maafkan..??
What if dia failed paper aku??? OMG!! Apa lah aku dah buat??

Tapi, aku minta sorry juga.. Selagi aku tak say sorry, selagi tu lah aku akan rasa guilty.. So, mlm tu juga aku send SMS sorry.. A few hours later, he replied.. he said ; "Its okay.. Mmg salah saya. Kalau takde siapa bagitahu kelemahan saya, saya tak akan tahu kan? BTW, ni siapa ye??"
Alhamdulillah!! Thank God he's okay with that.. Tapi.. Aku tak nak dia tahu siapa aku.. Aku takut. So, aku tak reply message Mr.Khairul.

After lecture Mr.Khairul selesai, Mr Khairul minta kitorang buat testimoni fasal dia and approach yg dia guna. Maybe sebab sms aku dan Mya hari tu, dia nak tahu kelemahan pendekatan dia dari perspektif semua students class tu. Funny!!

Since that, Mr. Khairul selalu call aku.. And aku dah tak takut nak biar dia tahu siapa aku.. Aku pun dah selamba kritik cara dia.. And dia terima seadanya.. Sumtym, aku dgn Mr.Khairul lunch 2gether.. and sumtym, aku gi tgk dia main badminton.. Dia tak suruh pun.. Tapi aku suka tengok dia.. Aku happy tengok dia.. Oh My God! au tak tahu apa yg aku rasa.. Aku tahu, aku tak patut rasa macam ni. tapi aku cuma rasa apa yg aku rasa.
Mr.Khairul banyak tolong aku buat course work.. even assignment subject lain pun dia akan tolong.. He always willing to help me. Mungkin sebab tu, aku jadi sangat depandent dgn dia..

Perhatian aku pada Irfan dah beralih pada Mr.Khairul. Dengan Mr.Khairul, aku rasa happy sangat. Aku boleh luah apa saja dengan dia. Dia sangat ambil berat pasal aku.. Dia selalu habis balik kerja pukul 9. Sumtym, pukul 11 dia masih kat office. every day, dia akan call aku.. share cerita yg berlaku spjg hari tu.. Sumtym, kitorang discuss fasal topic yg baru dia ajar kat kelas. Mungkin sebab Mr.Khairul jauh lebih matang, aku selalu rasa selamat dgn dia.

Tapi aku tahu, ada jurang antara aku dan Mr.Khairul. Hubungan kami tak akan pergi jauh. Kan dia pensyarah dan aku pula student dia. Aku tak sepatutnya ada terlalu rapat dengan dia. Sebab tu, aku mula sibukkan diri dengan macam2 aktiviti club. Tapi Mr. Khairul masih tanya khabar aku.. how's ma day.. One day, aku jumpa Mr.Khairul kat office dia, sbb nak hantar draft report Setinggan di Selangor. Aku minta Syaf teman aku jumpa dia. Kami tak byk bercerita fasal diri masing2, mcm selalu.. Mungkin sbb kehadiran Syaf di antara kami, keadaan jadi janggal. Aku diam, Syaf diam, Mr.Khairul pula tumpukan sepenuh perhatian kat report aku. Tapi dia tak betulkan apa pun. Dia cuma tegur fasal ada a few words yg salah aku salah eja. Well, tadi dia nampak concentrate gile kat report aku. Tapi tak kan dia tak perasan langsung ayat2 aku yg tunggak terbalik tu...??

2 Minggu terakhir sebelum final exam, Mr.Khairul annouced kat dalam kelas kitorang yg dia nak kahwin end of this year. Memang last a few month, aku dan Mr.Khairul dah banyak berubah. Aku tak pernah jumpa dia lagi kecuali kat kelas. Kat kelas pula, kami macam orang asing. Mya yang juga tahu fasal aku dgn Mr.Khairul, perasan perubahan kami. Well, sebenarnya bukan Mya je yang tahu. Har, Syaf dan Abg Johan pun berkongsi cerita fasal hubungan terlarang ni.

Bila dia announced berita perkahwinan dia, Khairul pandang tepat kat aku. Tapi aku tak nangis. sedangkan tym tu aku rasa nak jerit je.. Biar semua tahu yang aku benar-benar kecewa.. Tapi aku tak akan malukan diri sendiri. Aku rasa sangat kehilangan. Aku tak mahu dia pergi. Aku mahu dia.. Seseorang yang akan mahu memahami semua yang aku rasa, walaupun bila aku tak mampu bercitra.. seseorang yang akan sentiasa ada untuk aku setiap kali aku perlukan bicaranya.. seseorang yang sentiasa sedia meminjamkan bahu untuk aku menangis bila air mata membebani.. dan seseorang yang sentiasa mahu melihat aku ketawa.. bahagia mengenali dia..

Tapi aku tahu, dia tak akan mengorbankan janjinya hanya kerana kata hati.. tak akan mungkin dia mungkir segalanya hanya kerana apa yang kami ada.. Tapi, apa yang kami ada? Cinta tu kan hanya mainan perasaan. Aku hanya mahu melihat kebahagiaannya.. Aku percaya dia bahagia.. kerana Allah menjadikan dia bukan milik ku.. dan aku redha..

Hari pertama Final Exam, aku terserempak Mr.Khairul kat Car Park. Aku tak dapat nak elak dari dia. Kalau aku larikan dirikan diri, nampak sangat yang aku upset dengan dia cuz he's marrying sumone else. Aku kuatkan hati utk berdepan dgn dia. Walaupun hati aku rasa macam kena pijak2. Dia kata Good Luck on my exam. Dan dia minta maaf.. Dia kata lagi, satu hari nanti aku akan faham kenapa dia buat semua ni. Aku tak balas. Aku cuma senyum, and I left him. Aku tak mahu lihat wajah tu lagi. Aku rasa sakit sangat.. Aku tak mahu menangis depan dia. Aku tak mahu dia tahu betapa hati aku terluka kerananya. Dia tak patut tahu semua tu. Lagipun, apa bezanya..Tahu atau tidak, dia tak akan mengerti.. Atau Mungkin dia mengerti, tapi tak akan dia peduli.. Kalau dia mengerti dan peduli sekali pun, dia tetap akan pergi..

Ada ketikanya, aku harapkan dia kembali.. tapi bila dia ada, aku mahu dia pergi.. ada dia di sini buat aku makin sakit, kerana menyayanginya terlalu sukar.. tapi akan lebih sukar lagi untuk melihat dia pergi..
soal hati ni, sangat pelik.. I wish satu hari someone akan buat aku faham tentang simpang siur jalanan hati.. Bila aku hanya mampu ketawa dan rasa bahagia setiap kali namanya melewati ruang fikiran.. Bila tangisan yang ada hanya kerana bahagia yang tak terucap.. Bila rindu itu hanya membuat aku semakin dekat dengan cintanya.. dan Bila kasih padanya hanya rebah pada denyutan terakhir.. aku mahu memiliki ketulusan itu..

No comments:

Brain Test